Dia merenung jam ditangan. Jarum jam menunjukkan angka sepuluh tepat. Sudah beberapa kali, dia mengosok-gosok matanya yang tidak gatal itu sedangkan saat itu, dia sibuk berperang dengan perasaannya sendiri. Langkah yang dibuatnya tadi bersama kedua orang tuanya itu, bergerak seiring menuju ke Pejabat Sekolah.Ketika itu,dia melepaskan satu keluhan yang teramat berat seperti ingin berputus asa apabila, dipaksa untuk berpindah ke Sekolah baru. Secara paksaan, Arissa harus menerima keputusan orang tuanya itu untuk berpindah.Setibanya,dipejabat Tuan Mahmud iaitu ayah kepada Arissa menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan Ketua Panitia Sekolah tersebut kepada kerani yang berhadapan dengan ayahnya ketika itu. Kerani itu,mengukir sebaris senyuman buatnya yang sedang berdiri bersebelahan ayahnya,tag namanya Cik Dania yang terpamer jelas membuatkan Arissa dapat melihatnya dengan jelas walaupun,dari pandangan jauh. Cik Dania mempersilakan kami untuk duduk seketika,sementara dia menyampaikan hasrat kami kepada bosnya itu. Arissa melabuhkan punggungnya bersebelahan mamanya serta,bertentangan dengan ayahnya.Setelah beberapa minit menunggu,Cik Dania dilihat berjalan seiringan bersama seorang lelaki, menghayun laju langkahnnya menuju kearah kami.Lantas,kami pantas berdiri bertentangan mereka berdua. Setelah itu,Cik Dania meminta izin untuk mengundurkan dirinya kepada kami juga,bosnya kerana banyak urusan yang perlu diselesaikannya ketika itu.
Sebelum melangkah pergi, Cik Dania sempat menghadiahkan sebaris senyuman manis buat kami serta bosnya. Seorang lelaki kelihatan agak berumur,berpakaian kemeja berwarna kelabu beserta,tali leher berwarna biru muda dan seluar slack berwarna hitam memperkenalkan dirinya Tuan Haji Harith selaku Ketua Panitia di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah. Seketika kemudian, dia mempersilakan kami untuk duduk lalu,ayahnya mengambil tempat berhadapan denganya yang hanya dipisahkan meja ditengah-tengahnya.Ayah Arissa menyatakan hasratnya itu, kepada Tuan Haji Harith untuk menguruskan segala dokumen pertukaran sekolah anaknya itu dan juga,menguruskan kelas yang bakal Arissa duduki nanti.
Sementara menunggu kedua orang tuanya,menyelesaikan urusan pertukarannya bersama Tuan Haji Harith, Arissa sempat mengelamun seketika. Setelah dia mengetahui, kedua ibu bapanya akan bertukar kerja ke Kuala Lumpur Arissa merasa hatinya, seolah-olah dihiris-hiris kerana kenangan disekolah lamanya,terlalu banyak meninggalkan kesan yang begitu
mendalam buat dirinya.Bayangan Arissa akan sekolah lamanya seakan-akan terngiang-ngiang seketika dimindanya,dia teringat akan kenangan yang indah yang pernah dikecapinya ketika,bersama kekasihnya Aris dan juga kawan-kawan lamanya itu. Arissa terserentak seketika,apabila dia menyedari mamanya, memanggilnya.Walhal, tanpa disedarinya dari tadi mamanya asyik mengamati dirinya itu, dengan perasaan yang penuh dengan tanda tanya.Mamanya terus bertindak pantas menyiku lengan anaknya itu, terasa hendak tersungkur dirinya ketika itu.Kedua orang tuanya dan Tuan Haji Harith perasaan akan perubahan riak muka Arissa yang secara tiba-tiba dan mereka hanya berpandangan sesama sendiri serta hanya mampu mengeleng-gelengkan kepala masing-masing apabila melihat telatahnya ketika itu.



No comments:
Post a Comment