MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Tuesday, 20 March 2012

BaB 1 PaRt 4

     Arissa dikejutkan dengan deringan jam loceng. Keadaan bingit itu, seakan-akan menyeru Arissa untuk bangun dari lenanya. Dalam keadaan mamai, Arissa mengosok kedua belah matanya terasa kabur pandanganya saat itu. Digagahkannya jua, untuk bangun walaupun, matanya terasa berat untuk dibuka ketika itu. Namun, Arissa sedikit terkejut apabila matanya melirik kearah jam dinding yang terletak dihujung sudut biliknya itu, telah menunjukkan pukul 6 pagi. Terasa ingin segera, melompat turun dari katilnya apabila  dia mendapati dirinya, sudah terlewat untuk bangun ke sekolah. Dengan sepantas kilat, tangannya segera mencapai tualanya yang tersangkut pada penyidai tuala itu. Laju langkahnya, dihayun menuju ke bilik mandi. 
     10 minit kemudian, sekujur tubuh kelihatan terhenjut-henjut keluar dari bilik air dengan hanya dibaluti tuala paras lutut sahaja. Dengan tangkasnya, dia membuka pintu almari untuk mengambil pakaian seragam sekolahnya itu lantas, menyarungkannya. Setelah itu, dia membentangkan sejadah dan menyarungkan telekung untuk menunaikan solat subuh. Walaupun dalam keadaannya agak kelam-kabut ketika itu, Arissa tidak lupa akan suruhan dan perintah Allah. Selesai solat dia, terus membuat persediaan selengkapnya untuk ke sekolah nanti.
     Tanpa sempat bersarapan, dia terus menyarungkan kasutnya apabila, terdengar bunyi hon bas yang memecahkan kesunyian diluar rumahnya pagi itu. Dalam keadaan tergopoh-gapah, dia sempat menyalami tangan kedua ibubapanya sebelum menaiki bas kerana itulah, satu-satunya cara dia mendapat keberkatan dan kejayaan dalam hidupnya. 
     Tepat pukul 7 pagi, bas yang dinaikinya tiba diperkarangan sekolah dengan penuh debaran dia melangkah kaki turun dari bas, terasa berderau darahnya mengalir ke seluruh tubuh "seolah-olah dikejar hantu". Tiba dikelasnya dia terus duduk, tanpa mempedulikan insan-insan disekelilinginya kerana hanya itu, yang mampu dia lakukan untuk menutupi debaran yang muncul dihatinya secara tiba-tiba ketika itu. Terperanjat bagai hilang punca Arissa ketika itu, apabila mendapati Ana, kawan barunya mencuit bahunya dari belakang secara tiba-tiba.
      "Assalamualaikum, Rissa maaf terkejutkan kau pagi-pagi buta macam ni.
      "Waalaikummusalam, tak pe lah ana, kenapa pagi-pagi ni awak suka menyakat orang?" soal Arissa 
      "Dari tadi aku perhatikan kau, asyik mengelamun jew sampaikan aku tegur kau pun tak da respon". Kenapa teringatkan boyfriend ke? "Soalnya, dengan senyuman seolah-olah menyakat.
      "Eh, awak ni Ana pandai-pandai jew buat kesimpulan sendiri sebenarnya, saya tengah fikir sama ada saya dapat menyesuaikan diri saya dengan keadaan kat sini atau tak nanti?" Lagipun, saya ni tak biasa lagi dengan persekitaran baru kat sini.
       "Oh sekarang aku paham maaflah kalau tadi, aku pandai-pandai jew buat kesimpulan sendiri maklumlah kau pun budak baru kat sini mesti kau sedih kena tinggalkan sekolah lama kau tuw kan?"
      "Mestilah sedih awak, saya kena pindah pun disebabkan, kedua ibubapa saya kena dipindahkan kesini atas sebab-sebab tertentu. 
       "Patutlah, boleh aku tau something tak? Actually, parents kau kerja apa ea?". Tanyanya lagi kepada Arissa.
       "Boleh Ana, nak tau banyak pun tak pe erm, parents saya kerja sebagai Cikgu disekolah rendah jew.
       "Anak cikgu lah ni kiranya. Patutlah, kena pindah datang ke mari "balas Ana, seakan-akan menyindirnya". 
       "Ye memang saya ni anak cikgu tapi, saya tak suka hidup berpindah-randah ni macam zaman nomat pulak rasanya kan?"sindirnya kembali kepada Ana".
       "Ana hanya menghadiahkan senyuman sinis buat Arissa. Arissa perasan akan sindiran dan senyuman tawar yang diberikan Ana kepadanya ketika itu. Dia, turut menghadiahkan senyuman sinis kepada Ana sebagai balasan buat kawan barunya itu, kerana telah membuatkannya geram dan sakit hati.
        Bagi meredakan sindiran tersebut, kedua-dua mereka bergelak ketawa beriringan, serta menghulurkan tangan berjabat mesra, dan itu menandakan permulaan yang baik bagi mereka berdua mengenali hati budi masing-masing.


       

No comments:

Post a Comment