MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Saturday, 3 March 2012

KiSaH HAti


SINOPSIS

Assalamuaikum...


    Cerita novel yang bakal aku karang nanti bertajuk Kisah Hati. Cerita ini mengisahkan tentang 4 hati dimana, seorang perempuan bernama Arissa sanggup mengorbankan hati,perasaan dan kegembiraannya kerana seorang lelaki bernama Aris. Kata Aris, Arissa seorang perempuan yang dapat mengelodakkan naluri kelakiannya sehingga mampu mencairkan hatinya yang keras dan degil itu.Namun pada tanggapan Arissa pula, Aris seorang lelaki yang ego dan hanya pentingkan dirinya sendiri dan sukar diajak berunding dengan baik.



    Kemunculan Syazwan telah mengisi kekosongan dihati Arissa, tetapi Aris menyedari perubahan yang ketara pada diri Arissa. Namun, Aris mengetepikan egonya itu dan berlagak tenang seolah-olah tidak ada perkara yang merunsingkannya. Arissa seolah-olah merasakan Aris langsung tidak mengendahkan dirinya lagi, dia merasakan dirinya diabaikan sehinggakan pesanan ringkas yang dihantarnya berkali-kali hanya senyap membisu tanpa satu balasan pesanan ringkas daripada Aris diterimanya kembali. 



    Pada masa yang sama, Syazwan pula datang bertandang dan kehadiran lelaki tersebut telah mengetuk daun pintu hati Arissa. Arissa keliru diantara dua hati yang telah memiliki hatinya sekarang namun, rasa cintanya pada Aris masih bertapak dihatinya sehingga kini. Kali pertama bertemu, Syazwan dia dapat merasakan ruang hatinya yang kosong telah dipenuhi bunga-bungaan dari pelbagai jenis dan warna. Sikap, Aris yang menjengkelkan telah mengoyahkan rasa sayang dan cinta Arissa padanya sehinggakan hubungan mereka retak pada akhirnya. 

    Tetapi, Aris tidak dapat menerima kenyataan bahawa Arissa bukan miliknya lagi. Namun selepas beberapa bulan kemudian, Aris menghantar satu pesanan ringkas buat Arissa menyatakan hatinya telah dimilikki oleh seorang perempuan dan mereka bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Cinta Arissa kini telah dimilikki oleh Syazwan. Setelah 3 tahun melayari bahtera cinta bersama Syazwan, kehampaan Arissa telah kembali mengelodak hatinya sekali lagi apabila, mengetahui Syazwan hanya menambahkan kelukaan yang teramat dalam sehingga kesannya menguris sekeping hati yang suci mencintainya selama ini. 

    Persoalannya sekarang mampukah Arissa mengubati luka itu sendiri? Dan mampukah dia menjalani hidupnya kini tanpa insan bernama lelaki? Adakah dia akan melupakan kisah silamnya yang membelenggu dirinya kini? Kuatkah Arissa menempuhi segala dugaan yang dihadapinya kini? Apa pula yang akan berlaku apabila ada insan lain bernama Fareez yang ingin menyelami hatinya dan mengubati lukanya itu.Juga ingin mencuba sekali lagi, mengetuk pintu hatinya yang lama tertutup kerana insan bernamaLELAKI. Paling rumit, Arissa hanya menganggap Fareez sebagai kawan dan lelaki itu tidak mampu mengoyahkan hatinya itu.Walaupun, Fareez  telah berkali-kali menyatakan kata-kata cinta kepadanya.Namun,hatinya telah disaluti oleh salju menebal dan dia hanya mampu menolak cinta lelaki itu.

     Apakah kesudahnya cinta Arissa? Adakah Arissa akan membuka pintu hatinya itu untuk menerima lelaki bernama Fareez? Apakah Fareez mampu mengubati lukanya yang keruh dan mengembalikan kegembiraan kepada Arissa?

     Kadangkala, kuasa bukan ditangan kita, tetapi kita tidak boleh berputus asa saat, takdir menetapkan pilihnya. Dan kita hanya mampu menerima apa yang ditetapkan untuk kita dan berusaha untuk mengatasinya.

 'kalaulah,kau boleh tutup buka lama, dan membiarkan buku lama itu terhapus ditelan waktu dan membuka buku baru serta menelaahnya dengan sebaik mungkin kan lebih baik'-Fareez.



1 comment:

  1. wowowo..
    chayokkkk..
    aq sokong ko dari tepi sepi haha..
    :)

    ReplyDelete