MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Wednesday, 14 March 2012

BaB 1 PaRt 2

  Asyik Arissa dibelai dengan kata-kata manis Aris, dia dikejutkan dengan satu suara yang memecah kesunyian dari ruang tamu. Kedengaran suara itu makin lama, makin dekat dengannya. Jantung Arissa terasa hendak tercabut lalu, tangannya tangkas menekan punat off pada handphonenya itu. Tanpa, ucapan selamat tinggal atau salam yang diucapkan kepada Aris,dia terus mematikan kata-katanya disitu sahaja kerana, dia bimbang percakapan mereka berdua sebentar tadi, didengari oleh orang lain.


   Terdengar ketukan pintu dari luar,Arissa melangkah turun dari katil dengan riak muka selambanya seolah-olah tidak ada perkara yang perlu ditakutkannya. Dia membuka pintu biliknya dengan senyuman manis yang terukir dibibir. Alangkah terkejut beruk dia pada waktu itu, sedangkan beruk pun tak terkejut macam mana dia terkejut sekarang. Kelihatan mamanya sedang mengamatinya dengan memek muka geram. Dengan riak muka selamba bodoh dia tersenyum pada mamanya, terasa berdiri semua bulu romanya menahan perasaan takut teramat sangat itu. Bebelan mamanya terasa menyengat dicorong telinganya. Terasa geram yang menyerbu mamanya kini tidak dapat dikawal lagi, terus dia memuntahkan semua rasa yang ingin disampaikan untuk anaknya itu. Lalu, dia melepaskannya dengan memarahi Arissa dengan meajukan beberapa soalan kepadanya.
        "Tadi mama panggil Rissa banyak kali kenapa Rissa tak jawab?" Rissa buat apa dalam bilik sorang-sorang macam ni hah?.
       "Kalau jadi apa-apa kat Rissa dalam bilik ni sorang-sorang macam mana? "mama juga yang susah nanti, perasaan bimbang kini menyerang Puan Maznah secara tiba-tiba.


       "Mama, Rissa ok jew ni mama, janganlah risau pasal Rissa lagi ok. 
        Dengan riak wajah penuh kerisauan, Puan Maznah meluahkan apa yang terbuku dihatinya kini kepada Arissa."Rissa cakap macam tu senanglah mama ni sebagai ibu mestilah risau pasal keselamatan anak"."Mana ada ibu tak sayang anak". 
       "Ye, mama Rissa faham perasaan seorang ibu itu macam mana tapi, Rissa dah cukup dewasa untuk berfikir yang mana baik dan juga yang mana buruk. Balasnya lagi.
       "Mama janganlah terlampau risaukan Rissa sangat, yang penting mama kena jaga diri mama elok-elok ok "luahanya, dengan penuh keikhlasan".
       "Sayang mama sangat-sangat". Satu kuncupan sayang dari Arissa singgah dipipi mamanya saat itu. Lalu, mamanya terus memeluk anaknya dengan penuh kasih sayang "bak kata, orang seperti menatang minyak yang penuh". Anak kesayanganlah katakan. Kedua-kedua mereka meleraikan pelukan lalu, kedua mereka beriringan berjalan menuju ke meja makan untuk menikmati makan malam mereka sekeluarga itu.


  
  

No comments:

Post a Comment