Setelah selesai semua urusan
pertukaran,Tuan Haji Harith menempatkan Arissa dikelas Lima ikhlas iaitu kelas
aliran Sains berdasarkan keputusan peperiksaan yang Arissa capai. Beberapa
minit kemudian,Tuan Haji menarik telefon bimbitnya dari kocek seluarnya untuk
menghubungi guru kelas Arissa bagi menguruskan kelas untuknya.Lima minit
kemudian,muncul seorang perempuan sawo matang kulitnya,berpakaian baju kurung
berwarna purple muda dan mengenakan tudung berwarna hitam 'ala-ala Wardina'.
Sedang mengatur langkah ke arah kami lalu, memperkenalkan dirinya kepada kami
semua. Dia mengukirkan senyuman manis buat kami semua sehingga menampakkan
kedua-dua belah lesung pipitnya yang dalam itu bak kata orang, seperti
"telaga buruk". Dia memberitahu kami semua bahawa dia adalah Guru
Kelas Arissa.
Dia memperkenalkan dirinya
sebagai Teacher Mastura iaitu selaku guru Bahasa Inggeris Arissa juga,
merangkap Guru Kelasnya sekaligus. Lalu, sepantas kilat Puan Maznah menghulurkan
tangannya untuk bersalam dengannya,diikuti juga oleh Arissa dari belakang
sebagai tanda hormat.Sebelum kedua ibubapa Arissa meminta diri untuk
pulang,kedua mereka mengucapkan terima kasih kepada teacher Mastura juga pada
Tuan Haji Harith. Sebelum melangkah pergi Arissa menghulurkan kedua tapak tangan
dan menyalami kedua orang tuanya itu.
"Mamanya pula sempat berpesan kepadanya supaya "Jaga diri elok-elok disekolah baru" namun, Arissa hanya membalas dengan anggukkan kepalanya sahaja.
"Mamanya pula sempat berpesan kepadanya supaya "Jaga diri elok-elok disekolah baru" namun, Arissa hanya membalas dengan anggukkan kepalanya sahaja.
Arissa memandang sayu kelibat
kedua orang tuanya,yang semakin menghilang dari pandangan matanya begitu
sahaja.Saat ini,dia dapat merasakan perasaan takut yang teramat sangat
seakan-akan ada sebiji bom yang sedang mengeledak bagaikan ingin meletup ketika
itu.Walaupunbegitu, Arissa berlagak "cool" seolah-olah tidak ada kerisauan
yang terbit pada riak wajahnya.Arissa membuntuti cikgunya dari belakang.
"Kata cikgunya, kelas Lima Ikhlas itu terletaknya ditingkat dua.
"Arissa hanya membalas 'ya' kepada cikgunya itu.Setelah memanjat tangga,kami tiba Kelas Lima Ikhlas dimana destinasinya betul-betul berhadapan dengan Pejabat Guru. Arissa melangkah masuk ke dalam kelas itu, dengan langkah kanan beserta bacaan 'bismillah' bagi mengawal ketakutan yang sedang membelenggunya kini.
"Kata cikgunya, kelas Lima Ikhlas itu terletaknya ditingkat dua.
"Arissa hanya membalas 'ya' kepada cikgunya itu.Setelah memanjat tangga,kami tiba Kelas Lima Ikhlas dimana destinasinya betul-betul berhadapan dengan Pejabat Guru. Arissa melangkah masuk ke dalam kelas itu, dengan langkah kanan beserta bacaan 'bismillah' bagi mengawal ketakutan yang sedang membelenggunya kini.
Dengan perasaan takut, Arissa
menghadiahkan senyuman 'simple' buat kawan-kawan barunya sebelum dia memulakan
bicaranya.Guru kelasnya memulakan bicaranya dengan memperkenalkan Arissa
sebagai pelajar baru dikelas itu.Setelah itu, cikgunya memberinya isyarat
supaya memperkenalkan dirinya pula dihadapan umum.Arissa memperkenalkan dirinya
dengan memberitahu nama penuhnya Nur Damia Arissa Binti Ahmad Mahmud.Usai,
memperkenalkan diri Arissa ditempatkan dibarisan hadapan, bersebelahan dengan
budak perempuan kulitnya hitam manis, mata bulat, bulu mata panjang dan melentik,dan
shape bodynya yang agak kurus. Arissa memperkenalkan dirinya pada budak
perempuan itu,dia sempat menghadiahkan Arissa senyuman yang cukup manis serta
memperkenalkan dirinya Noor Syazana Aliya Binti Muhammad Alias. Dia juga
mengalu-alukan kedatangan Arissa dan menyuruh Arissa memangilnya dengan
panggilan manja sahaja.Terdetik dalam hati Arissa seketika menyatakan bahawa
manis dan peramah perwatakan budak perempuan yang bernama Ana ini. "Persoalannya sekarang, adakah Arissa akan menjadi kawan baik kepada Ana? Dapatkah Arissa menyesuaikan dirinya disekolah barunya itu?



No comments:
Post a Comment